• Diana Raih Emas Nanquan

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+

    Skuad wushu terus cemerlang apabila meraih pingat ketiganya, hari ini, menerusi Diana Bong yang mengungguli acara Nanquan wanita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

    Diana beraksi cemerlang selepas mencatat 9.76 mata untuk meninggalkan pemenang emas dua tahun lalu, Myint Aye Thitsar dari Myanmar yang terpaksa berpuas hati dengan perak pada temasya kali ini dengan catatan 9.64 mata.

    Gangsa digondol oleh atlet Vietnam, Nguyen Thuc Anh yang mencatat 9.62 mata.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Diana Raih Emas Nanquan "