• Desa Digital Akan Diwujudkan Di Sarawak

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Desa Digital bakal diwujudkan di Sarawak bagi meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat di luar bandar melalui penyedian jaringan internet Jalur lebar yang luas dan stabil, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Memetik laporan Utusan Borneo, pengwujudan Desa Digital ini dicadangkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan merangsang pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

    “Pengwujudan Desa Digital ini akan menyokong dan memperkukuhkan aktiviti keusahawanan dan perniagaan di luar bandar untuk melonjakkan ekonomi luar bandar,” katanya.

    Tambah Ismail Sabri, kementerian mengambil inisiatif menyediakan platform perkongsian maklumat asas kampung melalu aplikasi 'iDesa' yanng boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.

    "Ini bagi membantu penyediaan perancangan pembangunan kampung yang komprehensif selain menyediakan maklumat berkaitan prasarana dan kemudahan asas kampung, produk dan sumber ekonomi serta tempat menarik di kampung berkenaan,” katanya.

    Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Rumah Panjang (JKKK/JKKKP) membuat kemaskini data dan maklumat kampung dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat terbaru disenaraikan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Desa Digital Akan Diwujudkan Di Sarawak "