• 'Derita' Air Penduduk Kampung Sungai Midin Bakal Berakhir

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    Berita gembira buat penduduk Kampung Sungai Midin apabila 'derita' air yang membelenggu mereka bakal berakhir selepas kerajaan meluluskan penyaluran air bersih ke rumah penduduk.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pihaknya kini dalam proses rundingan dengan Lembaga Air Kuching (LAK) selaku agensi bertanggungjawab bagi mempercepatkan projek bekalan air bersih itu.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang menjelaskan, ia akan memberi manfaat kepada 400 penduduk kampung tersebut melibatkan 300 rumah.

    "Kampung kita dah disambungkan dengan bekalan elektrik dan kita berasa amat gembira sekali. Lebih-lebih lagi selepas ini kemudahan asas bekalan air bersih juga akan disambung ke sini.

    "Saya telah mengadakan rundingan dengan LAK untuk memasang paip, ia akan memakan sedikit masa sebab perlu menunggu peruntukan tapi ini sudah memberi gambaran kampung kita juga akan mendapat sambungan air ini dan dapat disiapkan sepenuhnya pada hujung tahun ini," katanya.-Sarawakiana



  • No Comment to " 'Derita' Air Penduduk Kampung Sungai Midin Bakal Berakhir "