• Dayang Nurfaizah Diiktiraf Antara Ikon Seni Negara

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dayang Nurfaizah, dianugerahkan The BrandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership Award 2017 atas pencapaiannya dalam industri muzik tempatan.

    Dayang menerima anugerah dalam kategori terbabit bersama beberapa lagi ikon negara, antaranya penerbit dan komposer Datuk Wah Idris; pemain biola; Dr Joanne Yoeh; pemenang acara 100 meter Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan; penerjun, Cheong Jun Hoong; dan pemain bowling negara, Shalin Zulkifli.

    Dayang menyifatkan anugerah yang diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan kebelakangan ini.

    "Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam beberapa bidang lain.

    "Penganjur melihat penggiat seni seperti saya juga mampu menyumbang dalam membina jenama sesuai tema majlis tahun ini, Ikon-Signifikan Kehidupan," katanya.

    Kata Dayang lagi, dia difahamkan mereka yang menerima anugerah berprestij ini dinilai menerusi inovatif ditampilkan dalam meletakkan kerjaya ke tahap tertinggi dan membina jenama.

    "Penganjur menyatakan mereka yang menerima anugerah dalam setiap kategori dianggap ikon kerana memiliki kekuatan dan berani untuk melangkah jauh," katanya.

    Dayang menerima anugerah yang dianjurkan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di The Majestic Hotel, di sini, malam tadi. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Dayang Nurfaizah Diiktiraf Antara Ikon Seni Negara "