• Dayak Perlu Rebut Peluang Yang Dibawa PETROS

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Syarikat Petrolium Sarawak (PETROS) telah ditubuhkan secara rasminya sebagai syarikat milik penuh kerajaan Sarawak, yang  akan beroperasi sebagai syarikat carigali minyak dan gas negeri ini.

    Umum mengetahui Petronas telah mewujudkan pusat latihan untuk insdustri hiliran di Sarawak dan ramai yang mengikuti latihan tersebut adalah dikalangan anak Sarawak.

    Malah ramai pekerja di pelantar minyak seluruh dunia adalah terdiri daripada kaum Dayak, justeru inilah peluang kaum Dayak berkhidmat kepada PETROS milik Sarawak sendiri.

    Kepakaran mereka amat diperlukan kerana pengalaman bersama PETRONAS serta pelbagai syarikat minyak lain begitu berharga, dan dengan sendirinya kewujudan PETROS akan membawa peluang yang besar untuk direbut tanpa sebarang diskriminasi.

    Peluang ini harus direbut oleh anak muda Dayak sendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan politik yang menghalang kaum dayak untuk meningkatkan sumber ekonomi.

    Pastinya kerajaan Barisan Nasional (BN)yang memerintah negeri ini tidak akan meminggir kepentingan kaum Dayak. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Dayak Perlu Rebut Peluang Yang Dibawa PETROS "