• Data Lebih Berpotensi Majukan Sarawak Berbanding Hasil Minyak

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Jika dilihat mereka yang paling kaya di dunia adalah terdiri daripada golongan yang terlibat dengan perniagaan data (internet). Malah ada yang menggunakan internet mampu menjadi orang kaya jika serius dalam perniagaan.

    Peluang sebegini harus direbut oleh rakyat Sarawak yang sedang meniti perkembangan kemajuan data internet yang lebih laju diusahakan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Penglibatan rakyat terutama luar bandar amat diperlukan agar segala bentuk hasil pertanian dapat dipasarkan melalui internet dan berpotensi memajukan ekonomi rakyat dan negeri secara keseluruhan. Malah dengan peningkatan data tersebut lebih pantas menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri berbanding terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas.

    Lagipun peningkatan data internet melalui ekonomi digital dapat melibatkan rakyat sekaligus walaupun berada di luar bandar. Kini terserah kepada rakyat Sarawak sendiri sama ada hendak berusaha memajukan diri ataupun terus ketinggalan dengan maklumat pembangkang yang tidak mahu rakyat lebih maju.

    Hakikatnya tindakan Ketua Menteri lebih menjurus kepada kemajuan rakyat negeri tanpa mengira sejauh mana penempatan rakyat kerana dunia internet tidak membataskan perhubungan dengan dunia luar selagi rakyat bijak menggunakan peluang.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Data Lebih Berpotensi Majukan Sarawak Berbanding Hasil Minyak "