• DAP Tunggu Keputusan ROS

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    DAP masih menunggu persetujuan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas parti berkenaan mengemukakan tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 1 Oktober depan.

    “Kami juga sudah menghantar senarai nama calon seperti diminta.

    “Selepas terima jawapan balas daripada RoS, DAP barulah adakan perancangan seterusnya,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke kepada China Press.

    Menurut Siew Fook, senarai nama calon diserah berdasarkan pemilihan 2012.

    “Bagaimanapun, lebih 10 calon dikeluarkan daripada senarai tersebut kerana ada meninggalkan parti dan meninggal dunia,” katanya.

    Pada awal bulan lalu, RoS meminta DAP supaya pemilihan semula CEC baharu dijalankan bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

    Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata pelantikan 20 ahli CEC pada pemilihan 29 September 2013 tidak sah. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Tunggu Keputusan ROS "