• Dakwaan lambat dapat sijil halal isu lama

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kelewatan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihadapi peniaga, khususnya pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), adalah isu lama yang sudah diatasi.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata JAKIM sudah mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri.

    "Agensi kerajaan seperti SME Corp juga turut membantu mengeluarkan bantuan (kewangan) dalam bentuk geran untuk mempermudahkan syarikat kecil mendapatkan khidmat nasihat, ubah suai kedai dan sebagainya (proses mendapatkan sijil halal).

    "Ia membabitkan kewangan besar untuk mematuhi sijil halal kerana ia turut membabitkan aspek kebersihan dan kadang-kadang syarikat kecil menghadapi masalah dalam isu ini.

    "Selain daripada bantuan dalam bentuk geran daripada SME Corp, JAKIM juga laksanakan banyak kursus dan seminar kepada PKS untuk mempermudahkan mereka mendapatkan sijil halal," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang mahu tahu langkah kerajaan mempercepat proses mendapat sijil halal dikeluarkan JAKIM yang dihadapi pengusaha kecil Bumiputera. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwaan lambat dapat sijil halal isu lama "