• ‘Curva Off’, Ultras Malaya Protes Tak Mahu Bersorak

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Selain persembahan yang bakal ditunjukkan pemain-pemain bola sepak di atas padang, sudah pasti chant atau sokongan suara dari Ultras Malaya (UM) antara yang dinanti-nantikan.

    Semalam, banyak kita dengar isu-isu berbangkit semasa penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak antara Harimau Muda dengan pasukan Thailand berlangsung di Stadium Shah Alam. Dengan isu ulat tiketnya, dengan isu rempuhan kaunter tiket dan sebagainya.

    Kini, Ultras Malaya telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mereka memuat naik satu posting menyatakan Curva Off. Mereka juga dikatakan tidak akan membuka curva sebagai solidariti kepada penyokong-penyokong bola sepak yang datang dari jauh bersusah payah untuk mendapatkan tiket perlawanan.

    “Ultras Malaya secara rasmi tidak akan membuka curva untuk perlawanan akhir esok sebagai tanda solidariti buat komrad dan juga penyokong lain,” tulisnya di laman Facebook.

    Mereka juga turut kesal dengan berita penyokong-penyokong yang sudah menghabiskan empat ke tujuh jam beratur di Stadium Shah Alam dan terpaksa pulang dengan hampa apabila tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan tersebut.

    Nyata posting yang dikeluarkan Ultras Malaya mendapat pelbagai respons daripada netizen. Mana taknya, kalau tidak Ultras siapa lagi yang akan bersorak dengan chant yang bersemangatkan?

    Namun begitu, ramai juga yang memujuk Ultras untuk menarik semula keputusan menutup curva pada malam ini. Bagi mereka, chant Ultras yang akan menaikkan semangat penyokong-penyokong di stadium. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Curva Off’, Ultras Malaya Protes Tak Mahu Bersorak "