• Cubaan seludup keluar petrol gagal

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    TAKTIK penyeludup menanam 110 tong berisi petrol di kawasan semak gagal, apabila berjaya dikesan pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam serbuan di Kampung Pangkalan Sahabat 16, Lahad Datu, jam 1.30 tengah hari, semalam.

    Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, berdasarkan maklumat orang awam sepasukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu dan memeriksa satu kawasan semak berhampiran pantai di kampung berkenaan.

    "Hasil pemeriksaan di kawasan semak itu menemui beberapa objek yang ditutupi daun dan ranting kayu.

    "Pemeriksaan lanjut menemui 110 tong berisi petrol ditanam di kawasan semak berkenaan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

    Hazani berkata, tong berisi petrol ini disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

    "Siasatan masih diteruskan untuk mengetahui dalang di sebalik aktiviti penyeludupan berkenaan.

    "Semua rampasan dibawa ke pangkalan PPM Lahad Datu sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepnggunaan (KPDNKK).

    Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-MyMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cubaan seludup keluar petrol gagal "