• Cuba Pecah ATM Namun Gagal Larikan Wang

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Dua lelaki cuba memecah mesin juruwang automatik (ATM) namun gagal melarikan wang di bank di Jelutong, Georgetown, hari ini.

    Dalam kejadian 7.15 pagi, dua lelaki terbabit dilihat mengumpil pintu mesin ATM terbabit dengan selamba walaupun ketika itu ada pelanggan lain sedang berurusan di premis berkenaan.

    Menurut sumber, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang daripada suspek berbaju kuning dan bertopi keledar manakala rakannya berbaju hitam sedang mengumpil pintu mesin.

    "Kejadian itu hanya disedari pekerja yang mahu menyelenggara mesin ATM terbabit 8.30 pagi.

    "Setakat ini, siasatan mendapati suspek gagal mengambil wang dalam mesin terbabit namun polis masih menjalankan siastan untuk mengenalpasti motif kejadian," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cuba Pecah ATM Namun Gagal Larikan Wang "