• Cuba Ganggu Majlis PM

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 16 orang kerana cuba menimbulkan provokasi ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh di sini, pagi tadi.

    Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kumpulan dipercayai ahli sebuah parti politik pembangkang itu ditahan berhampiran pintu masuk Politeknik Seberang Perai ketika memegang kain rentang dan sepanduk.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi proses dokumentasi.

    Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan antara lain dijadual menghadiri Program Kenduri Rakyat di Politeknik Seberang Perai.

    Subjects:

  • No Comment to " Cuba Ganggu Majlis PM "