• Courtois, Morata Punca Chelsea Kalah Kepada Arsenal

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    LONDON: Penjaga gol Thibaut Courtois dan pemain baru Alvaro Morata menjadi punca kekalahan Chelsea bagi membolehkan Arsenal menjuarai Perisai Komuniti 4-1 menerusi penentuan penalti di Wembley malam tadi.

    Jaringan bintang Chelsea, Victor Moses dan pemain baru Arsenal, Sead Kolasinac membawa perlawanan ke penentuan penalti dan memandangkan Courtois and Morata mensia-siakan sepakan penalti, Arsenal menjulang perisai itu buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

    Percubaan Courtois melambung melepasi palang sebelum pemain gantian Morata, bernilai £58 juta (RM323.6 juta) yang dibeli dari Real Madrid turut tersasar, membolehkan Olivier Giroud memastikan kemenangan buat Arsenal.

    Arsenal, yang memulakan musim pertama tanpa aksi Liga Juara-Juara sejak 1997, menang dalam sembilan kunjungan mereka ke Wembley yang bermula sejak kemenangan ke atas Wigan Athletic pada separuh akhir Piala FA pada 2014.

    Skuad Arsene Wenger membuka musim Liga Perdana Inggeris di laman sendiri menentang juara 2016 Leicester City Jumaat ini, manakala skuad Chelsea kendalian Antonio Conte memulakan misi mempertahankan gelaran di laman sendiri menentang Burnley pada hari berikutnya.

    Moses yang dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana melayangkan badan ketika Arsenal menewaskan Chelsea 2-1 pada final Piala FA, menebus kesilapan dengan meletakkan pasukan juara itu di depan pada separuh masa kedua.

    Namun selepas Pedro dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap Mohamed Elneny, Kolasinac menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-81 untuk memaksa keputusan seri 1-1 dan penalti.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Courtois, Morata Punca Chelsea Kalah Kepada Arsenal "