• Claire Rewcastle Brown, Malukan Nama Sarawak

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Laman portal Sarawak Report memang dikenali di seluruh dunia apabila artikel-artikel hasil penulisan editornya Claire Rewcastle Brown banyak menyentuh tentang politik Sarawak pada awal penulisannya.

    Mulanya ia menyerang pemimpin Sarawak dan mengaitkan pemimpin Sarawak dengan skandal-skandal tertentu dan mula mempengaruhi rakyat Sarawak sehingga ada rakyat Sarawak berbangga kerana Claire guna nama Sarawak Report sebagai platform journal penulisan beliau.

    Seterusnya ia terus menjadi kebanggaan segelintir rakyat Sarawak yang menganggap Sarawak Report adalah medium yang betul untuk menghentam pemimpin Sarawak.

    Namun langit tidak selalunya cerah, akhirnya Claire di saman oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan tuduhan penulisan dalam Sarawak Report bahawa Hadi menerima rasuah daripada Najib sebanyak RM90 Juta.

    Kes tersebut berjaya mengheret Claire ke mahkamah di London.

    Menurut laporan akhbar-akhbar seluruh dunia, Claire gagal membuktikan fakta tuduhan beliau dan tidak berasas serta tanpa bukti yang kukuh. Dengan erti kata sebenar, Claire adalah pembohong dan penipu.

    Jelaslah bahawa Claire dan Sarawak Report adalah pembohong dan dunia melihat Sarawak Report adalah penipu besar.

    Malangnya nama Sarawak turut disebut kerana Claire menggunakan nama Sarawak Report. Rakyat Sarawak seharusnya malu apabila orang asing mempergunakan nama Sarawak dalam memenuhi kemahuan golongan kecewa dengan penipuan dan pembohongan. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Claire Rewcastle Brown, Malukan Nama Sarawak "