• Chong Boleh Tersungkur Di Bandar Kuching Jika Terlalu Yakin

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sudah pasti dianggap kebal di Parlimen Bandar Kuching di kalangan penyokongnya.

    Apa tidaknya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa meraih majoriti 19,642 undi mengalahkan Tan Kai.

    Majoriti yang diraih Chong juga meningkat berbanding hanya 9,952 pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

    Diatas kertas Chong dilihat terlalu kuat namun sekiranya terlalu yakin dan sengketa beliau boleh tersungkur di Parlimen Bandar Kuching pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Sudah pasti, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan membiarkan Chong terus bermaharajalela dan sudah pasti mereka mahu merampas kembali kerusi bandar tersebut.

    Presidan SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian sebelum ini berkata, SUPP kini mula menggerakkan segala elemennya bagi melaksanakan kerja-kerja asas untuk menghadapi PRU14,

    Menurutnya, enam daripada tujuh kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu secara tradisi akan menyaksikan kemunculan muka baharu.

    "Kami berharap untuk melihat lebih banyak golongan muda daripada SUPP bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

    "Oleh itu, kita terpaksa membina asas daripada sekarang," katanya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Chong Boleh Tersungkur Di Bandar Kuching Jika Terlalu Yakin "