• Budak Perempuan Maut Minum Air Mendidih

    Published: Sunday, 6 August 2017
    A- A+


    FLORIDA (Amerika Syarikat) – Seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas minum air mendidih menggunakan straw kerana dicabar sepupunya.

    Ki’ari Pope, lapan, mengadu tidak dapat bernafas beberapa hari lalu sebelum tiba-tiba pengsan. Dia dikejarkan ke hospital tetapi malangnya tidak dapat diselamatkan.

    Ibu mangsa, Marquisia Bonner berkata, anaknya itu dicabar minum air mendidih menggunakan straw oleh sepupu yang seusianya pada Mac lalu selepas mereka melihat perlakuan seperti itu dalam YouTube.

    Akibat kecederaan dialami selepas berbuat demikian, Ki’ari terpaksa menjalani trakeotomi yang menyebabkannya pekak dan mengalami masalah pernafasan kronik.

    Bagaimanapun, Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida dalam satu kenyatana berkata, kanak-kanak itu juga menunjukkan tanda-tanda didera.

    Susulan itu, pihak berkuasa kini menyiasat kejadian Mac lalu terbabit selain sembilan yang lain membabitkan kes dipercayai penderaan atau pengabaian terhadap mangsa.

    Setiausaha jabatan, Mike Carroll berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan untuk meneliti sepenuhnya kematian mangsa. – Agensi/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Perempuan Maut Minum Air Mendidih "