• Budak Diberi Makan Najis, Kemaluan Dicurah Sambal Cili

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+

    Kuantan : Seorang ibu geram anak kecilnya didera “macam binatang” termasuk diberi makan najis dan dicurah sambal cili pada kemaluan.

    Mangsa berusia 6 tahun juga didakwa dibotakkan, disimbah air panas, diseterika, dipaksa tidur dalam stor dan dirotan setiap hari, lapor Harian Metro.

    Umi Hamzah, 35, mendakwa perbuatan itu dilakukan saudara perempuannya yang dijadikan keluarga angkat mangsa.

    Beliau mengetahui hal itu Jumaat lalu selepas dimaklumkan anak bongsunya yang beberapa bulan turut tinggal bersama saudara perempuannya.

    “Saya tanya anak saya apa yang dia (saudara perempuan) lakukan, saya seperti tidak percaya dan hampir menitiskan air mata apabila terbayang penderitaan dan penyeksaan ditanggung anak saya itu.

    “Saya tidak menyangka dia (saudara perempuan) sanggup memperlakukan anak saya seperti binatang. Kalau saya tahu hendak jadi begini, saya tidak akan serahkan anak saya menjadi anak angkat,” katanya.

    Umi ada menghubungi wanita terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak dapat menerima alasan kecederaan anaknya akibat kerap terjatuh.

    Beliau kemudian membuat aduan di balai polis Jaya Gading Sabtu lalu.

    Ketua polis daerah Kuantan berkata siasatan akan dibuat termasuk membawa mangsa melakukan pemeriksaan perubatan.

    ACP Abdul Aziz Salleh berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak Kanak 2010. - Malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Diberi Makan Najis, Kemaluan Dicurah Sambal Cili "