• Budak 12 tahun Buang Bayi Kejutkan Ramai

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Mengejutkan! Penduduk di China dikejutkan dengan laporan mengenai seorang bayi yang dibuang di dalam semak oleh ibunya, yang baru berusia 12 tahun.

    Bayi yang dalam keadaan bogel itu ditemui di bawah jambatan di wilayah Sichuan. Dia dikejarkan ke hospital dan kini semakin sembuh.

    Sementara ibunya pula berjaya dikenalpasti. Budak berkenaan menetap bersama datuk dan neneknya sahaja kerana ibu dan bapanya telah berpindah.

    Pada hari kejadian, budak itu memberitahu dia sakit perut dan telah dibawa ke hospital oleh neneknya namun ketika dalam pertengahan jalan, budak berkenaan mahu ke tandas dan kemudiannya hilang di dalam semak selama 30 minit.

    Bayi itu ditinggalkan di dalam semak manakala budak terbabit telah dibawa ke hospital. Neneknya memberitahu polis bahawa dia tidak mengetahui bahawa cucunya hamil.

    Menurut polis, budak itu enggan bercakap dengan pegawai penyiasat dan enggan mendedahkan siapa bapa kepada bayi itu.

    Bayi tersebut kini dijaga oleh sukarelawan di hospital. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Budak 12 tahun Buang Bayi Kejutkan Ramai "