• Bowie juara 100m wanita dunia

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    LONDON:  Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Tori Bowie muncul juara acara 100m wanita di Kejohanan Olahraga Dunia, awal pagi tadi.

    Kejayaan itu menyaksikan dia berjaya memperbaiki pencapaian pingat perak yang diraihnya di Sukan Olimpik Rio, tahun lalu.


    Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Elaine Thompson gagal memberikan saingan selepas menamatkan saingan di kedudukan kelima.

    Bowie memulakan aksi cemerlangnya dengan memintas Marie-Josee Ta Lou dari Ivory Coast sebelum terjatuh di garisan penamat dengan catatan 10.85s.

    Advertisement

    Powered By YuMe
    Ta Lou menyangka dia adalah juara acara itu dan bertindak meraikannya tetapi sebenarnya dia tewas kepada Bowie dengan perbezaan 0.01s.

    “Saya tidak sangka akan menang yang saya tahu saya jatuh di garisan penamat,” katanya.-AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Bowie juara 100m wanita dunia "