• Bomoh Dituduh Rogol

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas tuduhan merogol wanita kononnya untuk membuang 'pendamping' melekat di badan.

    Adam Hussin, 37, berdepan tiga pertuduhan merogol wanita berusia 32 tahun terbabit antara jam 11.30 pagi hingga 4 petang pada Mei, Jun dan Julai lalu.

    Perbuatan berkenaan dilakukan di tiga hotel berasingan di daerah Tampin.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Ala'uddin Baharom.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sara Afiqah Zulkipli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

    Harian Metro pada 24 Ogos lalu melaporkan, niat seorang wanita membuang 'pendamping' yang didakwa 'melekat' pada dirinya menjadi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol seorang bomoh yang dikenali melalui WeChat.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bomoh Dituduh Rogol "