• Bomba Selamatkan Anak Anjing

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    Bomba menyelamatkan anak anjing yang tersepit dalam paip di rumah di Jalan Kasturi, Kasturi Height, di Nilai, hari ini.

    Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.18 petang sebelum mengerahkan 10 anggota ke lokasi.

    Katanya, sebaik tiba 10 minit kemudian, anggota mendapati anak anjing terperangkap pada saluran paip hujan di depan rumah.

    "Sehubungan itu khidmat bantuan khas dijalankan dengan mengeluarkan haiwan berkenaan. Kami memberikan rawatan awal iaitu berikan air, bersihkan luka di muka dan membersihkan bulu.

    "Anak anjing itu kemudian dilepaskan kepada ibunya," katanya.

    Mohd Syazwan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan seorang guru tadika, Syahirah Hashim, 26 yang prihatin dengan kejadian itu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Selamatkan Anak Anjing "