• Bomba Bantu Wanita Obes Jatuh Tandas

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Khidmat pasukan bomba digunakan untuk mengangkat seorang wanita obesiti yang terjatuh dalam tandas di rumahnya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, hari ini.

    Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan meminta bantuan mengangkat seorang wanita berusia lingkungan 50-an dengan berat kira-kira 300 kilogram yang terjatuh dalam tandas rumahnya pada 11.13 pagi.

    Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dalam tandas.

    "Anggota bomba membantu mengangkat mangsa keluar dari tandas dan menyerahkannya kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Ampang.

    "Lima anggota bersama satu jentera dan dua anggota unit EMRS terbabit dalam operasi ini," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Bantu Wanita Obes Jatuh Tandas "