• BN Sarawak Mampu Rampas 3 Kerusi Pembangkang

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Jika pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pembangkang di Sarawak memenangi enam kerusi namun keadaan tersebut mungkin boleh berubah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungkin merasakan mereka agak hebat selepas berjaya memenangi kerusi di kawasan bandar berdasarkan rekod pilihan raya lalu.

    Namun jika mereka terlalu yakin, beberapa kerusi mungkin dirampas Barisan Nasional (BN).

    Berdasarkan keputusan PRU13, dua kerusi yang mungkin boleh dirampas BN melibatkan Parlimen Sibu dan Miri disebabkan majoriti undi yang diraih calon pembangkang semakin merosot.

    Parlimen Sibu misalnya, Oscar Ling dari DAP hanya menang dengan majoriti 2,841 undi mengalahkan calon BN, Lau Lee Ming dan calon bebas, Narawi Haron.

    Pilihan raya sebelum itu, menyaksikan DAP menang dengan majoriti 3,235 undi.

    Selain Parlimen Sibu, pembangkang juga dilihat goyah di Parlimen Miri yang diwakili Dr Michael Teo dari PKR.

    Michael pada PRU13 menang dengan majoriti rendah 1,992 undi.

    Selain itu, BN juga dilihat berpeluang untuk merampas kembali Parlimen Lanang selepas wakil DAP Wong Ling Biu hanya menang dengan majoriti tipis 505 undi mengalahkan Datuk Ding Kuong Hiing.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Mampu Rampas 3 Kerusi Pembangkang "