• BN Bukan Turun Padang Hanya Ketika Pilihanraya

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+
    Dakwaan tentang Barisan Nasional (BN) hanya turun padang ketika pilihan raya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju malah lebih ramai yang menidakkan kenyataan tersebut. Boleh dikatakan segelintir penyokong pembangkang yang bersetuju isu tersebut.

    Namun bagi yang tidak bersetuju tidak pula boleh dianggap sebagai penyokong BN semata-mata, tetapi golongan ini lebih banyak memberi komen positif jika sesuatu artikel tersebut berfakta tetapi mengkritik membina jika bersetuju.

    Dalam bab wakil rakyat turun padang masa pilihanraya sahaja, golongan ini banyak yang tidak bersetuju dan komen mereka lebih positif kerana mereka merasakan apa yang wakil rakyat telah laksanakan sejak pilihanraya yang lepas. Hujah atau komen mereka lebih realistik dan memahami isu yang dibangkitkan.

    Bagi golongan ini, wakil rakyat BN lebih banyak bekerja dan bertemu rakyat sejak memenangi pilihanraya sebelum ini. Malah ada projek berteraskan rakyat telah siap sepenuhnya dan rakyat mendapat faedah daripadanya.

    Golongan ini berani mendakwa yang Pakatan Harapan akan muncul bila pilihanraya akan menjelma. Ini memang realiti memandangkan pihal pembangkang akan memperbanyakkan aktiviti lapangan bersama rakyat hanya ketika hendak pilihanraya. Hadir pun penuh ceramah yang memburukkan parti BN dan tidak pula timbul ceramah yang mempunyai agenda pembangunan untuk rakyat.

    Jadi hakikatnya, istilah wakil rakyat BN turun padang hanya ketika hendak pilihanraya adalah dakwaan propaganda penyokong pembangkang yang tidak mempunyai idea bernas dalam melontarkan hujah politik. Hanya menjurus kepada memburuk-buruk Barisan Nasional. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " BN Bukan Turun Padang Hanya Ketika Pilihanraya "