• Beyonce Janji Bantu Mangsa Taufan Harvey

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    NEW YORK: Penyanyi Beyonce, yang berasal dari Houston berjanji untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir akibat taufan Harvey yang melanda Texas.

    Bintang pop itu mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan kepada Houston Chronicle dan berkata beliau sedang berbincang dengan pasukannya bagi merangka dan melaksana pelan bantuan berkenaan.

    Beyonce dan suaminya, bintang rap Jay-Z dianggarkan memiliki kekayaan AS$1 bilion (RM4.27 bilion) dalam mesej di Instagram miliknya berkata, Texas sentiasa dalam doanya.

    Beliau mempunyai 100 juta pengikut di Instagram. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Beyonce Janji Bantu Mangsa Taufan Harvey "