• Berlakon Watak Lelaki Yahudi, Bront Palarae Tiada Masalah

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    Pelakon Bront Palarae akan memegang watak lelaki berbangsa Yahudi dalam filem terbaru Indonesia Ayat-Ayat Cinta 2.

    Bront, 39, atau nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifudin berkata watak Barruch, jejaka dari Eropah menuntutnya mendalami budaya masyarakat Yahudi dan mempelajari bahasa Hebrew untuk berdialog.

    “Bagusnya watak Barruch, ia tidak menyentuh soal agama ataupun pegangan akidah. Tiada babak sembahyang atau ritual agama. Jadi tiada masalah dalam soal itu,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

    “Saya cuma perlu buat penonton percaya bahawa Barruch itu Yahudi iaitu dari segi penampilan, percakapan dan bahasa tubuh.”

    Pelakon Terbaik Festival Filem Antarabangsa Asean yang semakin mencipta nama di Indonesia itu mengulas jika timbul skeptikal segelintir pihak apabila beliau melakonkan watak itu kerana Yahudi dianggap musuh umat Islam.

    “Ini benda baharu yang tidak pernah saya temui dalam karya di tanah air. Itu seronoknya terlibat dengan produksi luar,” kata aktor Terbaik Dari Langit.

    Filem sekuel adaptasi novel itu diarahkan Guntur Soeharjanto dan dibarisi pelakon terkenal dari seberang seperti Fedi Nuri, Dewi Sandra, serta aktres tempatan Fazura. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Berlakon Watak Lelaki Yahudi, Bront Palarae Tiada Masalah "