• “Berlakon Kena Real” – Wak Doyok Sedia Jadi Pelakon

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+

    MAKIN lama makin terasa kehangatan filem Abang Long Fadhil 2 yang bakal menemui peminat filem tanah air pada 24 Ogos ini. Barisan pelakon pun bukan calang-calang juga.

    Bagi filem ini, ramai penambahan pelakon seperti Wak Doyok, Tania Hudson, Achey Bocey, AC Mizal, A. Galak dan ramai lagi pelakon hebat.

    Kini, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd. Azwan Md Nor, 37, dikatakan telah bersedia untuk dipanggil untuk berlakon dalam mana-mana drama atu filem. Jangan ingat Wak Doyok ni tahu berfesyen je, Wak pun boleh berlakon tau.

    Kata Wak, ketika pengambaraan dijalankan, dia mengaku yang dia ada menumbuk Zizan sehingga hidung selebriti itu berdarah! Power Wak ni, teruk ditumbuknya betul-batul.

    Menurut Wak lagi, dia bukan setakat menumbuk Zizan sampai berdarah, malah dia juga telah senak akibat dipukul dengan tongkat oleh pelakon veteran, A. Galak. Dapat cash terus tu Wak!

    Maklumlah, kalau dilihatkan keseluruhan babak aksi filem Abang long Fadhil 2 ni, semuanya nampak real. Jadi sebab tu lah setiap pelakon perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam mejayakan watak masing-masing.

    “Syafiq selaku pengarah ada minta saya buat aksi menumbuk Zizan. Tapi mula-mula ambil jarak jauh sikit, lama-lama bila dah dekat, tu yang sampai berdarah hidung Zizan tu.”

    “Untuk babak bergaduh dengan A. Galak, saya pula yang kena pukul. Umur je 78 tahun, tapi dia punya kudrat mengalahkan orang muda umur 38 tahun!

    “Senak juga lah perut bila kena pukul dengan tongkat tu,” kata Wak Doyok selepas ditemui oleh pihak Media Hiburan selepas tayangan perdana filem itu baru-baru ini.

    Tambah Wak lagi, dia menggangap semua itu sebagai pengalaman yang berharga buatnya yang baru nak menjinakkan diri dalam dunia lakonan.

    Wak juga tak terlepas untuk turut berkongsi tentang ilmu fesyen dengan semua pelakon dan krew produksi.

    “Saya nak mereka semua nampak smart dan natural. Contoh kalau tie terbuka, saya suruh mereka biarkan sahaja. Yelah, filem ni kan nampak macam filem international. Jadi kita kenalah pakai sama level dengan international,” kata Wak lagi.

    Jadi, kalau anda semua nak kata Wak tu tak pandai berlakon, fikir-fikir dulu. Anda kena tengok filem ni kalau nak tahu Wak ni pandai belakon atau setakat obses dengan fesyen je.

    Mungkin lepas ni Wak bakal jadi hero ke? ‘Jangan bilang abang tak payung’ – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " “Berlakon Kena Real” – Wak Doyok Sedia Jadi Pelakon "