• Beranikah Aziz DAP Cabar Fadillah Di Parlimen Petra Jaya

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Jika beberapa tahun lepas, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa dilihat kerap memperjuangkan agenda pembangkang di kawasan Petra Jaya.

    Namun sekarang, kelibat Aziz tidak kelihatan mungkin menyedari pengaruh dan peluang beliau untuk bertapak di Petra Jaya semakin tipis.

    Beranikah Aziz bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Parlimen Petra Jaya sekaligus merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

    Sebelum ini, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari kecundang ditangan Datuk Seri Fadillah Yusof dengan majoriti besar 14,397 undi.

    Berdasarkan prestasi semasa, BN sudah pasti akan menurunkan kembali Fadillah untuk mempertahankan Parlimen Petra Jaya pada PRU14.

    Jika Fadillah menjadi calon, adakah Aziz berani berlawan dengan Menteri Kerja Raya itu yang juga Ketua Pemuda BN Sarawak.

    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, Aziz tewas kepada Lo Khere Chiang dalam pertembungan lima penjuru di DUN Batu Kitang yang turut melibatkan Othman Bojeng (Bebas), Sulaiman Kadir (Bebas) dan Voon Shiak Ni (PKR).

    Dengan langkah kiri dalam percubaan pertama Aziz bertanding pilihan raya, adakah beliau berani untuk sekali lagi bertanding terutama di Parlimen Petra Jaya..-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Beranikah Aziz DAP Cabar Fadillah Di Parlimen Petra Jaya "