• ‘Bengang’ Dengan Aliff, BF Afifah ‘Cabar’ Bersemuka

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    FUH! Tak selesai-selesai lagi isu pegang tangan Aliff Aziz dan Afifah Nasir ini apabila tiba-tiba kekasihnya, Wan Ariff pula menglibatkan dirinya sekali!

    Berang dengan kenyataan Aliff hari ini yang menyoalkan motif Afifah masih berdolak-dalik tentang hal sebenar yang berlaku antara mereka, Wan Ariff telah bertindak ‘mencabar’ Aliff untuk bersemuka dengannya.

    Teman lelaki Afifah itu telah memuat naik screenshot daripada artikel berkenaan kenyataan Aliff itu di dalam Instagram miliknya dan menyuarakan keinginannya untuk bertemu dua mata dengan aktor tersebut.

    “Sudah-sudahlah. Kali ini saya akan bersuara. Saya akan menggunakan akaun IG peribadi saya untuk bersuara kerana saya tidak kenal mana-mana wartawan atau blogger untuk mendedahkan hal ini.

    “@aliffaziz91 Saya tidak tahu sama ada kamu perasan atau pun tidak, tapi kamu sedang bertepuk sebelah tangan.

    “Afifah berani bersumpah atas Quran dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap kamu. Dia hanya melayan kerenah tidak matang kamu. Setiap teks yang dibalasnya diketahui oleh sesetengah orang di dalam produksi, dan saya tahu semuanya.

    “Betul dia bersalah kerana membiarkan kamu memegang tangganya, tetapi itulah satu-satunya kali dia berbuat demikian dan dia telah memohon maaf kepada isteri kamu. Jika pihak produksi tidak mahu bersuara, biarkan mereka.

    “Mereka takut. Kami cuba untk selesaikan isu ini secara baik namun kamu masih mahu melawan. Saya tahu bagaimana LICIKnya kamu di dalam dan luar set penggambaran. Afifah beritahu saya segalanya tanpa saya perlu tanya pun tentang perkara ini. Kamu boleh menidakkan, Allah lihat semuanya.

    “Alhamdulillah selepas dilokap kamu telah mohon maaf kepada semua atas kesalahan kamu, teruatam sekali isteri kamu yang tidak layak dilayan sebegitu. Saya hormati tindakan kamu. Tapi saya rasa marah apabila kamu kaitkan nama Afifah.

    “Jangan tegakkan benang yang basah?’ Kebenaran masih belum didedahkan. Jika kamu tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, jadilah lelaki sebenar dan bersemuka dengan saya. Saya akan berada di set penggambaran kamu Khamis ini untuk menemani Afifah.”

    Kenyataan Wan Ariff itu menerima respon bercampur daripada netizen. Ada yang menyokong sikap gentleman Wan Ariff dan tidak kurang juga yang masih merasakan Afifah tetap di pihak yang salah.

    Namun, segalanya terpulang pada individu masing-masing untuk menilai kerana hanya Afifah dan Aliff sahaja yang tahu cerita sebenar. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Bengang’ Dengan Aliff, BF Afifah ‘Cabar’ Bersemuka "