• Bekas Pensyarah Bakal Cabar Fadillah Di Parlimen Petra Jaya

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Umum mengetahui Parlimen Petra Jaya merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, DUN Samariang dan DUN Tupong.

    Apa tidaknya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu BN menerusi Datuk Seri Fadillah Yusof menang dengan majoriti 21,443 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahmad Nazib Johari.

    Berdasarkan keputusan PRU13, kedudukan BN di Parlimen Petra Jaya agak sukar untuk digugat lebih-lebih lagi Fadillah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya yang diyakini mampu membawa lebih banyak pembangunan di kawasan terbabit.

    PKR yang sentiasa mensasarkan Parlimen Petra Jaya pada setiap Pilihan Raya Umum tidak mugkin akan meletakkan Nazib sekali lagi untuk bertanding menentang Fadillah.

    Terdapat seorang individu sebenarnya yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi bagi PKR iaitu Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor.

    Nor turut kelihatan dibantu Pembantu Khas Pengerusi DAP Abdul Aziz Isa mengunjungi beberapa tempat di Petra Jaya.

    Beliau yang merupakan ahli perniagaan adalah bekas pensyarah sebuah universiti awam dan sekar-Sarawakiana

    Subjects:

  • 1 comment to ''Bekas Pensyarah Bakal Cabar Fadillah Di Parlimen Petra Jaya"

    ADD COMMENT
    1. Bukan pejuang rakyat yang tulin jika hanya melawat kawasan waktu nak pilihanraya. Inilah watak pembangkang. Macam mana nak beri chance jika sikap hanya timbul waktu pilihanraya baru nampak muka ini berterusan?

      ReplyDelete