• Bekalan Oksigen Dimatikan, Puluhan Budak Maut

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+


    LUCKNOW - INDIA. Sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital awam di utara India selepas bekalan oksigen mereka dimatikan kerana masalah pembayaran dengan pembekal.

    Pegawai di Uttar Pradesh turut mengesahkan perkara itu, namun mendakwa ia bukan punca kematian puluhan budak di Hospital Baba Raghav Das di daerah Gorakhpur tersebut.

    Situasi panik dilaporkan berlaku di hospital terbabit selepas ahli keluarga cuba menggunakan beg pernafasan manual untuk membantu kebanyakan mangsa yang ditempatkan di unit neonatal atau dirawat untuk ensefalitis atau bengkak otak.


    Difahamkan, kematian berkenaan dilaporkan berlaku selama lima hari sejak Isnin lalu.

    Sementara itu, pegawai daerah, Anil Kumar memberitahu, kematian itu berlaku secara semula jadi berikutan ramai pesakit berada dalam kritikal. - BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Bekalan Oksigen Dimatikan, Puluhan Budak Maut "