• Bayi Meninggal Dunia Alat Sulit Dikerat Oleh Ibu Tiri

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+


    Seorang bayi yang telah dipotong alat sulitnya oleh ibu tirinya pada 28 Jun tahun lalu telah meninggal dunia.

    Bayi berkenaan, Dauda Buhari yang telah berusia setahun lebih, sebelum ini dijadualkan terbang ke Britain dari rumahnya di Nigeria untuk pembedahan pemindahan alat sulit.

    Dia bagaimanapun meninggal dunia bukan disebabkan alat sulitnya terpotong sebaliknya akibat dijangkiti demam malaria.

    Demam berkenaan mengakibatkan suhu badannya meningkat dan meninggal dunia sebelum sempat diberikan ubat.

    Alat sulit si kecil itu telah dipotong oleh ibu tirinya yang berusia 17 tahun, Bara’atu Rabiu.

    Remaja itu kini ditahan di dalam penjara. Sehingga kini Bara’atu masih tidak menjelaskan tujuan dia berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Meninggal Dunia Alat Sulit Dikerat Oleh Ibu Tiri "