• Bas Bawa Atlet Skuasy Terlibat Kemalangan

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Sebuah bas membawa atlet Myanmar, Filipina dan Thailand untuk acara skuasy Sukan SEA terlibat dalam satu kemalangan pagi Isnin.

    Difahamkan, beberapa atlet Myanmar mengalami kecederaan dalam insiden itu.

    Semasa kejadian, bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari hotel penginapan atlet tersebut di Putrajaya menuju ke Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

    Pertandingan pada Isnin - acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran - ditangguhkan sementara. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bas Bawa Atlet Skuasy Terlibat Kemalangan "