• Banyak Yang Mahathir Sembunyikan, Bukan “Nothing To Hide”

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Tun Mahathir yang selama ini sering mendabik dada mengatakan beliau bersedia disiasat oleh mana-mana pihak berhubung salah laku semasa permerintahannya, ternyata itu hanyalah kenyataan populis untuk menghibur perasaan penyokong agar mereka bertepuk tangan dan kagum.

    Sebaliknya jika merujuk kepada tindak-tinduk beliau selama ini, jelas sekali beliau tidak sanggup disiasat atau berdepan kebenaran.

    Program Nothing To Hide sudah membuktikan beliau tidak mampu menjawab soalan panas yang dilontarkan, sebaliknya menggunakan helah dan putar belit untuk membidas pihak yang bertanya. Semuanya kerana terlalu banyak perkara yang perlu beliau sembunyikan.

    Isu memali dan kes liwat terus diputar belit untuk menutup kezaliman pemerintahannya selama 22 tahun yang dikatakan sentiasa cekap dalam segala hal, tapi dengan rakus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap sesiapa saja yang mengkritik atau mempersoal tindakannya.

    Terbaharu Tun Mahathir sekali lagi menayangkan ketakutannya terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kehilangan berbilion-bilion ringgit wang rakyat semasa pemerintahannya.

    Perlu diingat tertubuhnya RCI juga kerana cabaran dari Mahathir yang mendabik dada mengatakan beliau sedia disiasat kerana kononnya tiada apa yang hendak disembunyikan. Kini beliau giat mempersoal kelayakan panel siasatan tersebut.

    Semalam Mahkamah Tinggi menolak permohonan Mahathir untuk membuang ahli panel RCI, berdasarkan perkembangan terbaru peguam Mahathir dilaporkan sedang berusaha untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

    Tindakan itu jelas menunjukkan beliau sedang ketakutan, kerana terlalu banyak yang perlu dirahsiakan. Bukan “Nothing To Hide”

    Setelah mendabik dada mencabar kerajaan menubuhkan RCI, kini beliau juga turut membantah penubuhan RCI, malah berusaha untuk melengah-lengahkan siasatan RCI dengan pelbagai helah.

    Maka benarlah, banyak yang perlu Mahathir sembunyikan, bukan “Nothing To Hide”! – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Banyak Yang Mahathir Sembunyikan, Bukan “Nothing To Hide” "