• Banjir Sarawak: 4 Sekolah Masih Tutup

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    KUCHING: Bilangan sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak pagi ini menurun kepada empat berbanding lapan sekolah, petang semalam.

    Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei yang mempunyai 42 murid di Baram dan tiga sekolah di Hulu Rejang iaitu SK Kuala Kebulu (48), SK Bukit Balai (364) serta SK Nanga Kain (61).

    Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 515 murid terbabit di empat sekolah berkenaan.

    Beliau berkata, 25 lagi sekolah di pedalaman Bintulu, Baram, Kanowit, Kapit serta lembah Sungai Rejang di Sibu masih terjejas akibat banjir namun beroperasi seperti biasa.

    "Setakat ini tiada sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir," katanya. - Berita Harian
  • No Comment to " Banjir Sarawak: 4 Sekolah Masih Tutup "