• Banjir: Empat Buah Sekolah Di Miri Masih Ditutup

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    MIRI, 17 Ogos (Bernama) -- Empat buah sekolah rendah masih ditutup hari ini termasuk dua buah sekolah yang tidak dapat beroperasi sejak Isnin lepas akibat banjir.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dua buah sekolah rendah yang masih bercuti akibat banjir sejak Isnin ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, SK Bukit Balai manakala dua buah sekolah SK Long Lenei dan SK Nanga Kain ditutup sejak semalam.

    "Jumlah keseluruhan murid bagi empat sekolah berkenaan ialah 515 orang,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Sekretariat JPBNS dalam kenyataan yang sama berkata tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini. -- BERNAMA
  • No Comment to " Banjir: Empat Buah Sekolah Di Miri Masih Ditutup "