• Bangunkan Infrastruktur Jalan Raya Bagi Kawasan Aruk & Biawak - Konsulat

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Jahar Gultom mencadangkan pembinaan infrastruktur jalan raya di sempadan Republik Indonesia (RI) bagi kawasan Aruk (Indonesia) dan Biawak (Malaysia).

    Menurutnya, seperti yang dikatakan kerajaan Republik Indonesia menerusi Presidennya Joko Widodo (Jokowi) pembangunan Indonesia harus bermula daripada perbatasan.

    “Jadi Presiden ketujuh (Jokowi) telah membangunkan perbatasan Indonesia iaitu ada tiga titik dengan Sarawak di Antikong, Aruk dan Nanga Badau.

    “Dalam waktu terdekat ini, selain Entikong, pemerintah Indonesia melalui saya bercadang untuk membuka Aruk dan Biawak bagi kemudahan tersebut,” ujarnya.

    Tambahnya, infrastruktur jalan raya sangat di perlukan khususnya buat warga Indonesia yang berada di Sambas.

    “Ramai mereka yang mahu pegi ke Kuching, bahkan dari Kuching ingin ke luar negeri, mungkin lebih mudah jika mereka terus ke Kuching melalui Aruk untuk ke Kuching dan juga ke luar negeri.

    “Jadi saya kira ini adalah kelebihan daripada kedua-dua negara yang dekat dan bekerjasama. Ini akan kita tingkatkan dengan lebih baik dalam hubungan ekonomi, perdagangan dan juga dalam hubungan kerjasama dari pelbagai lapangan,” ujarnya.

    Jahar sebelum itu merasmikan upacara Pengibaran Bendera Indonesia sempena Peringatan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-72 tahun di Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching, Jalan Stutong hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bangunkan Infrastruktur Jalan Raya Bagi Kawasan Aruk & Biawak - Konsulat "