• Bakun Secara Rasmi Milik Sarawak

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun akhirnya secara rasmi menjadi milik Sarawak apabila Sarawak Energy Berhad (SEB) menandatangani Perjanjian Jualan Saham (SSA) daripada Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) di Selangor, semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, perjanjian itu sekaligus menjadikan SEB pemilik penuh dan pengendali loji kuasa hidroelektrik terbesar di negara ini.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili berkata, pencapaian ini dapat dicapai menerusi kepimpinan dan sokongan kuat dari Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    "Kami amat berbesar hati kepada Kerajaan Sarawak kerana terus mempercayai Sarawak Energy untuk menyampaikan strategi Sarawak dalam membangun dan menyatukan sumber kuasa Sarawak,"

    "Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kini kami memiliki HEP Bakun yang berkapasiti 2,400 megawatt (MW), loji kuasa hidroelektrik terbesar di negara ini," katanya.

    Pengambilalihan HEP Bakun dibiayai pada harga RM2.5 bilion melalui gabungan dana dalaman Sarawak Energy dan pembiayaan SUKUK.

    Selain itu, menerusi SSA juga, SEB Power Sdn Bhd - anak syarikat milik penuh Sarawak Energy menguasai 100 peratus saham dalam SHSB daripada Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

    “Ini akan membolehkan kami menyatukan pengeluaran kuasa, membolehkan kami mempunyai pemilikan dan pengendalian penuh ke atas semua kemudahan penjanaan elektrik utama di Sarawak," kata Sharbini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bakun Secara Rasmi Milik Sarawak "