• Awas Emel Palsu Lebihan Cukai LHDN

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu mengeluarkan emel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai seperti yang sedang berlegar di internet.

    LHDN dalam satu kenyataan media berkata, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai.

    Ia sama ada menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC), Cek Berpalang dan Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara)

    Kandungan emel palsu berbahasa Inggeris menggunakan nama OCBC Malaysia Berhad tersebut seperti berikut:

    OCBC Message
    OCBC Malaysia Berhad [ashley.w.ferrell@vanderbilt.edu]

    We have received notification from Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) that you are eligible to receive a refund.

    Click https://internet.ocbc.com.my/LoginV2/Login?rc=INB and follow the instructions

    Thank you
    OCBC

    Emel berkenaan juga mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan kononnya sebagai prosedur untuk menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.


    Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan
    maklum balas terhadap sebarang arahan dalam emel tersebut.

    “Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDNM berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima.

    “Nombor talian cawangan LHDN.boleh didapati di Portal Rasmi LHDN www.hasil.gov.my,” kata LHDN.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Awas Emel Palsu Lebihan Cukai LHDN "