• Arsenal Mahu Hapus 'Badi' Perlawanan Pertama EPL

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    Pengurus Arsenal Arsene Wenger yakin kekuatan saingan lawan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bermakna skuadnya tidak boleh terpedaya dengan permulaan perlahan mencabar gelaran liga.

    Arsenal tewas tiga daripada empat perlawanan awal dengan kekalahan 4-3 kepada Liverpool di tempat sendiri menjejaskan rentak menyebabkan skuadnya terlepas slot Liga Juara Juara (UCL) kali pertama sejak 1997.

    Skuad Wenger melancarkan kempen baru di tempat sendiri berdepan Leicester City, Jumaat ini menggesa pemainnya meneruskan rentak cemerlang pra musim selepas mengatasi juara EPL Chelsea pada aksi Perisai Komuniti, semalam.

    “Kami mahu mendapatkan keseimbangan terbaik serta kepantasan daripada perlawanan ini yang diperlukan dalam EPL,” katanya di Wembley.

    “Kami berdepan permulaan buruk sejak empat tahun lalu terutamanya permainan pertama dalam EPL.

    Arsenal tewaskan Chelsea 4-1 melalui sepakan penalti untuk menjulang Perisai Komuniti kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas perlawanan berkesudahan 1-1.

    Arsenal beraksi tanpa Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Aaron Ramsey, dengan beberapa mereka masih dalam proses mendapatkan kecergasan semula Piala Konfederasi dan dua pemain lain turut mengalami kecederaan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Arsenal Mahu Hapus 'Badi' Perlawanan Pertama EPL "