• Arab Saudi sedia terima 2 juta jemaah haji

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    MINA: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam, mengumumkan segala persiapan bagi menerima lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji sudah siap sepenuhnya.

    "Segala persiapan dirangka bagi menerima lebih dua juta jemaah haji, termasuk 1.73 juta dari luar negara," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki pada satu sidang media.

    Antara perkara yang diberi penekanan ialah aspek keselamatan di Makkah dan kawasan sekitarnya yang menjadi tumpuan sepanjang musim haji.

    Mansour berkata, kira-kira 400,000 umat Islam di dalam negara itu gagal memasuki Tanah Suci bagi menunaikan haji kerana tidak memiliki permit yang ditetapkan.

    "Kami sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengendalikan pergerakan umat Islam di beberapa lokasi yang bakal menjadi tumpuan," katanya.

    Malah, beliau berkata, ribuan kamera litar tertutup sudah dipasang untuk membantu memantau pergerakan umat Islam sepanjang tempoh musim haji. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi sedia terima 2 juta jemaah haji "