• Apple Lancar Iphone 8 September Ini

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    CALIFORNIA – Apple dijangka memperkenalkan iPhone terbaharunya pada 12 September ini.

    Wall Street Journal dilaporkan berkata, acara pelancaran itu akan berlangsung di Auditorium Steve Jobs, kampus Cupertino yang baharu.

    Syarikat gergasi teknologi itu dijangka menggunakan kesempatan pada acara itu untuk mengumumkan pelbagai produk baharu, termasuk dua pembaharuan iPhone baru, mungkin dinamakan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus serta iPhone 8 yang dinanti-nantikan.

    Harga yang ditawarkan dijangka bermula pada sekitar AS$1,000 (RM4,270).

    Sebagai tambahan kepada iPhone, Apple juga akan mengeluarkan Apple TV baharu dengan sokongan 4K HDR – dan mungkin penjelmaan Apple Watch baru – dalam acara tersebut.

    Apple juga dijangka memberikan butiran lanjut mengenai HomePod, sebuah pembesar suara bersambung Internet dengan kawalan suara yang pertama kali diumumkan pada bulan Jun lalu. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Apple Lancar Iphone 8 September Ini "