• APMM Tahan 38 Nelayan Vietnam Di Perairan Miri

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    MIRI, 10 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 38 nelayan warga Vietnam serta merampas hasil tangkapan ikan seberat enam tan bernilai RM60,000 dalam satu operasi di perairan Miri petang semalam.

    Pengarah Maritim Miri Kapten Maritim Mohamad Fauzi Othman berkata, operasi yang dijalankan bersama dengan Jabatan Kastam telah menahan dua bot nelayan menggunakan pendaftaran One United 35 dan One United 32 petang semalam yang disyaki menangkap ikan menggunakan tunda ganding.

    "Bot One United 35 ditahan pada 3.20 petang dengan 19 kru di dalamnya manakala bot One United 32 ditahan pukul 3.53 petang bersama dengan 19 kru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati 10 daripada 38 kru kedua-dua buah bot terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    Katanya kesemua kru yang ditahan berumur 14 hingga 48 tahun. -- BERNAMA
  • No Comment to " APMM Tahan 38 Nelayan Vietnam Di Perairan Miri "