• Apa Nak Jadi...Pelajar Ajak Guru Buat Seks

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Ketika kecoh isu sebuah sekolah di Selangor mengasingkan bekas minuman murid Islam dan bukan Islam, semalam tular pula di laman Facebook mesej memaparkan seorang pelajar perempuan mengajak seorang guru lelaki melakukan hubungan seks.

    Status yang dikongsi oleh guru itu, yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen mengenai sikap pelajar zaman sekarang.

    Menerusi Facebook Muhamad HafidZol Ejoy, guru itu memuat naik mesej perbualannya dengan pelajar perempuan berkenaan, yang dipercayai tingkatan lima.

    "Walaupun saya ini cikgu praktikal kamu sahaja, kalau kamu tak nak hormat saya pun tak apa, tetapi tolong hormat saya yang lebih tua dari kamu.

    "Budak-budak sekolah sekarang dah tak ada adab. Bukan nak mengaibkan, tetapi nak tunjuk perbezaan budak sekolah dulu dengan budak sekolah sekarang. Dulu nak jalan depan cikgu pun, tunduk. Sekarang? Allah saja yang tahu," katanya semalam dalam kemaskini tersebut yang sehingga kini mendapat perkongsian lebih 1,030 pengguna Facebook.

    Berdasarkan mesej yang dihantar, pelajar perempuan berkenaan bertindak melakukan gangguan seksual terhadap guru itu.

    Dia berkata; “Abang nak tak try buat dengan adik?”, sebelum Muhammad Hafidzol bertanya apa yang dimaksudkan pelajar perempuan berkenaan.

    “(Buat) Seks... Abang tau ke nak wat apa. Buat macam apa yang orang lain buat tula,” tulis pelajar berkenaan lagi.

    Bagaimanapun, guru lelaki itu menyatakan beliau tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu, sebelum pelajar perempuan berkenaan terus menggoda Muhammad Hafidzol apabila memintanya menghantarkan gambar badan.

    Perbualan mesej juga menunjukkan guru lelaki itu tidak mengendahkan permintaan pelajar perempuan berkenaan, namun dia terus mencuba termasuk membuat panggilan video kepada guru itu.

    Selepas tidak dilayan, pelajar perempuan berkenaan memohon maaf sekiranya perbuatannya keterlaluan dan Muhammad Hafidzol meminta pelajar itu menghormati kedudukannya sebagai seorang guru.

    Netizen turut meluahkan rasa marah terhadap sikap pelajar berkenaan, selain menasihati guru itu melaporkan insiden tersebut kepada pihak sekolah untuk tindakan susulan.

    “Elok lapor je kepada pengetua bahaya macam ni. Kita nak cegah anak tu supaya dia tak hanyut lebih lagi. Anak-anak perempuan tolonglah belajar bersopan dan jaga maruah ibu bapa...sedih bila baca,” tulis pengguna Facebook Ieja Zainal.

    Namun, segelintir netizen mempersoalkan bagaimana pelajar berkenaan memiliki nombor telefon guru lelaki itu, selain menggesa guru terbabit lebih tegas dan tidak melayan karenah pelajar.

    “Kesimpulan, kalau cikgu dah nampak murid tu, senang sekat (nombor telefon) dan tak payah layan... kena tegas sebagai cikgu, budak sekarang ni bukan macam budak zaman dulu,” kata NurLiza Wati.

    Sementara seorang lagi berkata, “Betul. Saya ni cikgu. Saya pun tak sangka cikgu praktikal ni boleh cool je bila murid panggil "abang" dan boleh melayan pula bila cakap pasal seks. Kalau kena kat saya, memang kena sound teruk-teruk budak ni, tak hormat cikgu.”

    Dalam status terbaharu hari ini, Muhamad Hafidzol menafikan beliau melayan pelajar perempuan berkenaan dan membiarkan dirinya dipanggil “abang”.

    Guru itu juga menjelaskan nombor telefonnya diberikan atas tanggungjawab sebagai seorang guru dan tidak mempunyai niat bukan-bukan, sebaliknya hanya mahu membantu pelajarnya yang dalam kesusahan ketika itu.

    Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada guru itu telah membuat laporan kepada pihak sekolah berhubung gangguan terhadapnya.

    Susulan itu, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia digesa memandang serius isu ini dan menyiasat gangguan seksual yang diterima guru terbabit.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Apa Nak Jadi...Pelajar Ajak Guru Buat Seks "