• Angkara Facebook, WeChat, Berbelas Ribu Pelajar Hamil

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUALA NERUS : Seramai 13,381 remaja hamil pada tahun 2015 berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Penolong pengarah kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan berkata 3,980 daripada mereka belum berkahwin.

    Noor Azizan Abd Hadi berkata daripada jumlah itu, 1,100 individu masih bersekolah manakala 2,880 tidak lagi bersekolah, lapor Harian Metro.

    Namun, akhbar itu tidak menyatakan status baki remaja yang hamil.

    Beliau berkata Facebook dan WeChat antara medium paling kerap digunakan remaja bawah umur untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.

    “Pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana sekaligus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas,” katanya. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Angkara Facebook, WeChat, Berbelas Ribu Pelajar Hamil "