• Anggota Bomba Cetus Kebakaran Demi Bonus

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    ROM - Seramai 15 anggota bomba ditahan di Sicily selepas disyaki melakukan pembakaran dengan sengaja semata-mata untuk menerima pembayaran bonus, lapor polis Itali.

    Anggota bomba berkenaan dikatakan telah memalsukan panggilan kecemasan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menerima bayaran sekitar 10 euro (RM50.51) setiap jam yang diberikan oleh kerajaan negara itu kepada kakitangan yang bekerja dalam situasi kecemasan.

    “Sejumlah 15 ahli bomba sukarela dari wilayah Ragusa ditahan kerana disyaki sengaja melakukan pembakaran.

    “Perkara itu disedari pihak berkuasa perkhidmatan kebakaran tempatan yang melihat sejumlah gangguan tidak normal oleh pasukan berkenaan dan telah melancarkan siasatan lanjut terhadap mereka,” jelas polis Itali dalam satu kenyataan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Anggota Bomba Cetus Kebakaran Demi Bonus "