• Akhirnya Hidup Normal Selepas 30 Tahun Menderita

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    AKHIRNYA, Eng Kheng boleh hidup seperti insan normal yang lain. Jika tidak dia bukan sahaja tidak dapat menutup mulut akibat tumor yang dihidapinya malah menjadi bahan ejekan ramai di kampungnya di Cham, Kemboja.

    Dengan bantuan doktor dari Australia, penyakit yang dialami Eng sejak 30 tahun lalu berjaya dipulihkan.

    Doktor yang membedahnya adalah Dr Andrew Cheng, yang mengetahui keadaan Eng itu selepas dia bertugas untuk badan kebajikan di Kembojay.

    “Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan saya rasa sesiapa di dunia ini juga tidak pernah melihat penyakit sebesar ini,’’ kata Dr. Cheng.

    Beliau kemudiannya membawa doktor pakar dari Australia dan mereka mula melakukan imbasan ke atas Eng. Penyakit yang dialami Eng itu dikenali sebagai Gingival Hyperplasia di mana hanya satu daripada 750,000 orang yang dikesan menghidapnya.

    Disebabkan penyakit itu, Eng tidak boleh menelan makanan pejal, hanya cecair sahaja.

    Dr. Cheng mula-mula menjalankan pembedahan ke atas adik Eng terlebih dahulu yang mengalami penyakit yang sama, namun tidak seteruk Eng.

    Pembedahan itu dijalankan di Kemboja kerana mereka mahu mengajar doktor tempatan mengenai prosedur terbabit.

    Tidak lama kemudian, Eng pula menjalani pembedahan dan ia berjalan dengan lancar. Sebaik sembuh, ramai yang tidak mengenali wajah Eng yang sebenarnya.

    Eng kini boleh menikmati makan pejal tanpa perlu menelannya seperti `burung’. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Akhirnya Hidup Normal Selepas 30 Tahun Menderita "