• Ajal 2 Beranak Rumah Terbakar

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Dua beranak maut manakala seorang ahli keluarga mereka cedera dalam kebakaran rumah di Jalan Maharajalela Batu 6 1/2, Hutan Melintang, hari ini.

    Ketua Operasi Penolong Pegawai Bomba Tuan Soh Tuan Lah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.53 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

    Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati rumah berkenaan terbakar sehingga 80 peratus.

    "Anggota terpaksa memecahkan pintu hadapan bagi memastikan operasi pemadaman dapat dijalankan.

    "Kebakaran menyebabkan dua wanita dipercayai ibu berusia 48 dan anak berusia 13 tahun maut di kawasan ruang tamu rumah berkenaan.

    "Manakala seorang lelaki parah dalam kejadian itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, ketika kejadian difahamkan empat lagi ahli keluarga sedang nyenyak tidur berada di rumah berkenaan bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri.

    Tuan Soh berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang yang mendapat bantuan BBP Teluk Intan mengawal kebakaran 30 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya [ada 7.45 pagi.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ajal 2 Beranak Rumah Terbakar "