• Ahli Lembaga Petros, DBOS Dari Kalangan Profesional, Bukan Ahli Politik

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah membuat pengumuman penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak iaitu Petros telah ditubuhkan secara rasmi semalam.

    "Saya ingin memberitahu anda bahawa kita telah menubuhkan syarikat minyak (dan gas), Petros secara rasmi,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari menegaskan pelantikan ahli lembaga Petros tidak dimonopolori oleh ahli politik tetapi terdiri daripada golongan yang pakar dalam industri minyak dan gas.

    Kerajaan negeri telah merancang untuk menubuhkan Petros sebagai langkah untuk melibatkan Sarawak secara aktif dalam pengekstrakan minyak dan gas di negeri ini sementara masih menuntut 20 peratus royalti daripada Petronas.

    Sementara itu, mengenai Development Bank of Sarawak (DBOS), Abang Jo berkata CEO untuk DBOS juga telah dilantik meskipun ia belum beroperasi.

    Tambahnya lantikan juga bukan di kalangan ahli politik, tetapi daripada kalangan profesional yang akan diselia di bawah Pengerusi Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

    “Kita telah melantik CEO dan CEO ini akan meletakkan pasukannya di bawah penyeliaan Tan Sri Setiausaha Kerajaan, pengerusi dan ahli-ahli lembaga adalah bukan ahli politik tetapi ahli-ahli profesional yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti bank bagi membangunkan negeri kita,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Ahli Lembaga Petros, DBOS Dari Kalangan Profesional, Bukan Ahli Politik "