• Afifah Nasir akhirnya buat pertemuan dengan media

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+
    Selepas hampir dua minggu kontroversi yang membabitkan dirinya dan Aliff Aziz, akhirnya pelakon Afifah Nasir dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan media hari ini.

    Melalui pertemuan yang akan diadakan di pejabat peguam itu juga akan memberi peluang untuk Afifah memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

    Sementara itu pengakuan Aliff Aziz dalam satu sidang akhbar mengenai kesilapannya keluar dengan pelakon Afifah bukan atas dasar kerja menyebabkan adik kepada aktres Anzalna Nasir itu dikecam teruk.

    Afifah dan Aliff dikecam selepas ‘kantoi’ berdua-duaan di dalam sebuah bilik sebuah pusat karaoke. Pada kejadian 27 julai lalu, Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff bertindak mengambil gambar Afifah dan suaminya di dalam bilik berkenaan sehingga berlaku pergelutan dan Bella cedera di muka dan kaki.

    Akibat kecederaan itu Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan suaminya. Bagaimanapun dua hari selepas ditahan, Aliff dibebaskan dan isterinya juga menarik balik laporan polis berkenaan.

    Utusan Online akan berkongsi intipati pertemuan dengan Afifah dari masa ke semasa.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Afifah Nasir akhirnya buat pertemuan dengan media "